From strangers to acquaintances.
From acquaintances to friends.
From friends to a team.
A strong team. (:
Kepada pembimbing dan mentor yang sangat dihormati dan disegani, Hakim dan Asraf, terima kasih atas segala-galanya. Tanpa kalian, tidak mungkin kita akan melangkah sebegini jauh. Terima kasih juga kepada semua penyokong, baik secara langsung ataupun tidak. Kehadiran dan sorakan kalian sangat dihargai. (:

Dari awal hingga akhir, kami mohon untuk terus mencadang!

Kepada adinda Nur Amalina Shalan, terima kasih atas segalanya. Walau dalam masa yang singkat, kita telah mengharungi jalan ini bersama-sama, dan menjadikan persaudaraan ini suatu yang sangat berharga. Harap anda tidak serik bekerja dengan saya, little-miss- *****-lover.. :P
Kepada sahabat Mohammad Nazmi, terima kasih kerana menjadi ketua yang sangat memahami dan selalu mengukir senyuman pada pengikut2 anda. Maaf kalau saya telah menyirapkan darah anda pada bila2 masa. Teruskan perjalanan ini. Akan ada ramai yang mendukung usaha anda. (:
Kepada JOY Muhammad Idzuan, terima kasih kerana telah merangsang dan beri saya semangat ketika darah gemuruh. Anda seorang yang candi dan spontan. Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. (:

Dengan ini, berakhir sudah perjalanan pada tahun ini. Namun, perjuangan kami tidak berakhir di sini. Nantikan kami tahun hadapan! Lebih meyakinkan. Lebih semangat. Lebih segalanya. :D
Ucapan selamat buat Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan Maktab Rendah Raffles. Semoga maju jaya. (:
Salam sayang,
Amira-Tun Nafisah Tamrin
*more photos and updates soon. attachment makes me go wo0o0oahh~*